Carian Terperinci
Pengunjung
7229
Tarikh Kemaskini 2012/03/08
Ringkasan pertanyaan
Tolong jelaskan aliran Shaykhiyyah dan pendirinya Shaykh Ahmad Ahsai?
soalan
Tolong jelaskan aliran Shaykhiyyah dan pendirinya Shaykh Ahmad Ahsai?
Jawaban Global

Shaykhiyyah” (شيخية) adalah suatu firqah di mana pengasasnya ialah Shaykh Ahmad Ihsa’i. Shaykh Ahmad lahir di kota Ahsā’ pada tahun 1166 H dan pada tahun 1186 H berangkat ke Karbala dan mengikuti sesi kuliah ulama-ulama Syi’ah. Dalam perjalanannya ke Iran dengan tujuan menziarahi Imam Ridha (a.s), beliau tinggal di Yazd dan beberapa waktu kemudian ia pergi ke Tehran atas undangan Fateh Ali Shah. Setelah itu ia menetap di Kermansyah untuk memenuhi undangan Muhammad Ali Mirza. Setelah Muhammad Ali Mirza meninggal, Ahmad Ihsai pergi ke Qazwin. Di sanalah ia dikafirkan oleh ulama Syi’ah akibat menyatakan beberapa kepercayaan-kepercayaannya dan terpaksa ia meninggalkan Iran dan pergi ke Iraq untuk tinggal di sana. Dalam perjalanan ini beliau meninggal dunia berhampiran Madinah dan jasadnya dikuburkan di pemakaman Baqi.

Di antara iʻtiqadnya ialah:

  1. Para imam merupakan penyebab-penyebab empat alam.
  2. Mengenal rukun ke-empat (iaitu mengenal para pembesar dan tokoh-tokoh Shaykhiyyah), di samping mengenal Allah (s.w.t), para Nabi dan Imam, dianggap sebahagian daripada prinsip-prinsip agama.
  3. Al-Qur’an merupakan kalam Nabi Saw.
  4. Imam Zaman hidup dan tinggal di alam ruhani (bukan di alam material ini).
  5. Rukun ke-empat ialah naib khusus Imam Zaman (a.s) dan beliau juga termasuk wakil Imam Zaman dan lain-lain.

 

Noktah yang sangat penting ialah keyakinan-keyakinan ini menyediakan latar untuk melahirkan firqah Kasyfiyah dan seterusnya ia menjadi asal usul ajaran Babiyah dan Bahaʼiyah. Tidak cukup dengan menjadikan dirinya sebahagian dari rukun, beliau turut mendakwa kamahdian sehingga akhirnya beliau mendakwa ketuhanan.

Jawaban Detil

Sejarah Shaykhiyyah

Pengasas aliran ini adalah Shaykh Ahmad Ahsā’i. Ia lahir di kota Ahsā’ pada tahun 1166 H[1] dan pada tahun 1186 H berangkat ke Karbala. Di Karbala, hadir dalam pengajian beberapa ulama Syiah seperti Bāqir Bahbahānī, Ṣāḥib Riyaḍ, Sayyid Mahdi Bahrul Ulūm dan Shaykh Jaʻfar Kāshif Al-Giṭāʼ.

Selain belajar Fikah, Ushul dan Hadis, beliau juga telah membaca ilmu tabib, astronomi, matematik, ilmu huruf, bilangan, ṭilsamāt (طلسمات/suratan azimat) dan juga falsafah.

Pada tahun 1209 H, beliau pulang ke Ahsāʼ kerana insiden waba. Pada tahun 1212 H, beliau datang lagi ke tempat suci dan menetap pula di Bashrah. Pada tahun 1221 H beliau berangkat ke Khurasan dalam rangka menziarahi makam Imam Ridha (a.s) dan dari sana ia berangkat ke Yazd. Atas permintaan penduduk Yazd, beliau pun menetap di sana dan dari sanalah ia menjadi masyhur.

Menjelang beberapa waktu kemudian beliau ke Tehran untuk memenuhi undangan Fatehali Shah Qājār dan mendapat penghormatan yang besar[2]. Kemudian Muhammad Ali Mirza, putera Fatehali Shah mengundangnya untuk datang ke Kermansyah. Di tempat ini ia mendapatkan penghormatan yang sangat tinggi[3] dan tinggal di sana sehingga kematian Muhammad Ali Mirza. Kemudian beliau berangkat ke Qazwin dan disambut baik oleh para ulama. Di Qazwin beliau melakukan berbagai aktiviti seperti mendirikan solat berjemaah di masjid Shah Qazwin, mengajar di madrasah Ṣaliḥiyyah. Namun kerana beberapa iktiqadnya beliau telah dikafirkan oleh ulama besar Qazwin Mulla Muhammad Taqi Burghānī dan hukum yang dikeluarkan tentang beliau itu disambut dan diterima oleh ulama-ulama Syi’ah di Iran, Iraq dan seluruh markaz-markaz Syiʻah.[4]

Setelah itu, beliau menyatakan hasrat meninggalkan Masyhad dan akhirnya beliau meninggalkan Iran, dan menuju ke Iraq. Dari sana beliau kembali ke tanahairnya dan ketika dalam perjalanan, beliau tidak dipedulikan oleh orang ramai. Beliau meninggal dunia di kampung Hadiyah, tiga marhalah Madinah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqīʻ.[5]

Setelah kematian Shaykh Ahmad, Sayid Kazhim Rasyti menumpukan perhatian dalam melanjutkan pemikirannya dan mengasaskan firqah Kashfiyyah. Dari firqah tersebut lahir pula firqah Bābiyyah.[6]

 

Kepercayaan-kepercayaan Shaykh Ahmad Ahsāʼi

Shaykh Ahmad Ahsāʼi mempunyai ideologi akhbarī dan dari perspektif akidah, ia termasuk daripada kelompok ghulat. Beliau yakin bahawa:

  1. Para Imam (a.s) adalah penyebab-penyebab empat alam.[7]
  2. Ushuluddin ialah mengenal Allah (s.w.t), mengenal para nabi, mengenal para Imam (a.s) dan mengenal rukun ke-empat; iaitu shaykh-shaykh dan para pembesar Shaykhiyyah.[8] Di antara penyelarasan beliau ialah: Manafikan keadilan adalah asas daripada ushuluddin dan iʻtiqad dengan rukun ke-empat.
  3. Al-Qur’an merupakan kalam Nabi (s.a.w).[9]
  4. Allah (s.w.t) dengan para nabi itu sesuatu yang berkesatuan.[10]
  5. Imam Zaman lari ke alam hur qulyaayi kerana takut dan alam rohani ini bukanlah alam material.[11]

Mantan PM Perancis, Kent Dugu Binu, dalam buku “Se Sāl dar Irān” (tiga tahun di Iran) menulis bahawa: Perbezaan Shaykhiyyah dengan seluruh kaum Syi’ah adalah bahawa kaum Syi’ah mengatakan: Imam yang ke 12 itu hidup dalam bentuk jasmani menjalani kehidupan merentasi masa. Namun pengikut Shaykhiyyah mengatakan: Imam yang ke 12 itu hidup tapi dalam bentuk rohani.[12]

  1. Di kalangan Syiah sentiasa ada seorang manusia sempurna (insān Kāmil) bertanggungjawab selaku naib Imam Mahdi. Sudah tentu beliau menganggap dirinya memiliki kedudukan ini.[13] Beliau mempunyai pendapat khusus sekitar miʻraj Nabi (s.a.w), maʻād dan lain-lain lagi di mana penyelidikan kumpulan pandangan dan pemikirannya memerlukan waktu dan kesempatan yang lain.

 

Apa pun yang terjadi warisan dan karya-karya Shaykh Ahmad melabihi dari 135 buku dan risalah di mana kebanyakannya telah pun dicetak. Di antaranya ialah:

Jawāmi’ul Kalim, Syarhuzziyārah, Syarh Hikmatil ‘Arsyiyah, Syarh Masyā’ir dan lain-lain. Buku-bukunya      sarat dengan rangkaikata-rangkaikata yang berteka-teki di mana ia kelihatan berada dalam pengaruh kesufian.

Mengenai perkara ini, Sayid Muhsin Amin menyatakan: Subjek-subjek yang dinisbahkan dengan Kasyfiyyah, jikalau benar sekalipun sudah tentu ia adalah ghuluw dan menyebabkan terkeluar dari agama. Shaykh Ahmad dan orang sepertinya telah mengeluarkan tokok tambah dan teka teki seakan-akan tokok tambah seperti sebahagian daripada golongan sufi.

[14][]

 

Sumber-sumber untuk telaah lebih lanjut.:

  1. Hayat-e Shaykh Ahmad Ihsai,  ditulis oleh anak Shaykh Ahmad.
  2. Karim Khan Kermani, Irsyādul ‘Ulūm.
  3. Zarandi, Tarikh Nabil.
  4. Muhammad bin Sayid Soleh Qazwini Musawi, Radd Shaykhiyyah.
  5. Muhammad Kazhim Khalishi, Asrār-e Pedāyesy-e Shaykhiyyah, Babiyah, Bahaiyyah.
  6. Muhammad Kazhim Khalishi, Khurāafaat Shaykhiyyah wa Kufrayat Irsyādul ‘Awwām.
  7. Hakim Hasyimi, Kasyful Murād (studi tentang akidah shaykhiyyah).
  8. Al Kirām al Barārah, jilid 1, hal 88-91.
  9. Muhammad Karim Khan, terjemahan Dalilul Mutahhirin, hal 1-51.
  10. Sayid Jalaluddin Asytiyani, Muqaddame-ye Syawāhid al-Rubūbiyah.
  11. ‘Alauddin Sayid Amir Muhammad al Kazhimi al Qazwini. 

 

 


[1] . Sebuah daerah terletak di Qathf yang merupakan bahagian dari Bahrain dan dekat dengan pantai Saudi Arabia.

[2] . Dāiratul Ma’ārif Tasyayyu’ (Daerah pengetahuan tentang Syi’ah), jilid 1, hal 500.

[3] .ibid, hal 500-501.

[4] .Yahya Nuri, Khatamiyat-e Payāmbar, hal 41.

[5] . Dāiratul Ma’ārif Tasyayyu’, jilid 1, hal 500-501; Aʻyānu al-Shīʻah, jilid 2, hal 589-590; Mirza Muhammad Tankaabani, Qishashul ‘Ulamā, hal 42-44; Rabbani Gulpaighani, Firaq wa Madzāhib-e Kalam-e Islāmi, hal 329-335; Dr. Muhammad Jawad Masykur, Farhang wa Firaq Islāmi, hal 266-270.

[6] . Majalah Intizhār, no pertama tahun 1380 Syamsi, hal 240-250; Rabbani Gulpaighani, firaq wa Madzāhib-e Kalam-e Islāmi, hal 329-335.

[7] .ibid.

[8] . Mirza Muhammad Tankaabani, Qishashul ‘Ulamā, hal 43.

[9] . Majalah Intizhār, no pertama tahun 1380 Syamsi, hal 240-250.

[10] .ibid.

[11] .ibid.

[12] .Murtadha Mudarrisi Chardehi, Syaikhigāri, Bābigāri, hal 41.

[13] .ibid, hal 73-75.

[14] . A’yānu al-Syi’ah, jilid 2, hal 589-590.

 

Terjemahan pada Bahasa Lain
Opini
Bilangan komen 0
Sila masukkan nilai
contoh : Yourname@YourDomane.ext
Sila masukkan nilai
Sila masukkan nilai

Kategori

Pertanyaan-pertanyaan Acak

  • Mengapa Syiah memiliki keyakinan terhadap masalah imāmah dan para imam secara khusus?
    12104 Teologi Klasik 2013/03/30
    Nampaknya yang anda maksudkan dari pertanyan ialah bagaimana kita dapat meyakini dan memahami peribadi imam. Akan tetapi sebelum menjawab pertanyaan anda seharusnya terlebih dahulu kami menjawab pertanyaan mengapa kita harus meyakini masalah imāmah? Imāmah dalam Islam memiliki nilai penting dan merupakan tingkatan terakhir dalam perjalanan manusia menuju ...
  • Apa makna muslihat Allah swt yang disebutkan dalam al-Quran?
    19261 Tafsir 2010/11/14
    "Muslihat" bermakna mengurus dan memikirkan  alternatif dalam perbuatan-perbuatan baik atau buruk. Dan atas alasan ini penggunaannya dalam al-Quran juga telah menggunakan "السَّیئ"bersama dengan keterangan.
  • Apa yang menjadi tujuan-tujuan dan agenda-agenda syaitan?
    8787 Teologi Klasik 2011/11/23
    1.     Menyesatkan manusia;2.     Mengajak manusia untuk mengerjakan perbuatan-perbuatan bid'ah dan khurafat;3.     Membuat manusia mengubah dan mengganti dalam penciptaan Tuhan merupakan salah satu tujuan dan agenda yang disandarkan kepada syaitan dalam ...
  • Sampai di manakah had kemampuan dan kekuasaan syaitan dan jin, serta sejauh manakah mereka dapat mengganggu dan menggoda manusia?
    17363 Teologi Klasik 2011/05/09
    Redaksi syaitan dan jin dalam beberapa kali disebutkan dalam al-Qur’an, bahkan terdapat satu surah dengan nama Jin telah diturunkan. Syaitan adalah nama umum yang dinisbahkan kepada siapa saja yang telah tergelincir dari jalan yang benar, baik itu manusia atau selain dari kalangan manusia. ...
  • Apa yang dimaksud dengan keadilan dalam dasar-dasar agama (ushuluddin)?
    10377 Teologi Klasik 2011/09/22
    Di dalam ilmu kalam,keadilan dibahaskan dan dikaji dengan seluruh pengertiannya. Akan tetapi kebanyakan dari pengertian yang mendapat kritikan dan menjadi sebab terpisahnya golongan Adliah (Imamiyah dan Mu’tazilah) dari golongan Asyairah, ...
  • Apakah Feminisme (fahaman kewanitaan) itu?
    17343 Huquq Dan Ahkam 2010/11/14
    Pertanyaan Ini Tidak Mempunyai Jawapan Lengkap. Sila Klik Kategori Jawapan Detail. ...
  • Apakah argumen rasional dan argumen fitrah yang tersedia dalam menetapkan ma’ād ?
    7764 Teologi Klasik 2011/05/09
    Untuk menjawab persoalan ini, ada baiknya andai kita menjawabnya dengan pendekatan falsafah, baik melalui pendekatan falsafah peripatetik, falsafah iluminasi dan falsafah hikmah. Demikian juga dengan pendekatan kalam dan irfan ia akan menjadi lebih jelas. Luasnya pembahasan ini yang dikemukakan oleh para ilmuan meliputi pembahasan seperti  imkan (kontingen), ...
  • Apakah prinsip-prinsip falsafah penantian Imam Mahdi (Mahdawiyah)?
    7459 Teologi Klasik 2012/11/22
    Prinsip-prinsip falsafah mahdawiyah dapat diselidiki dari dua arah tujuan: Dari haluan sebab akhir (العلة الغائیة) dan sebab al-fāʻiliyyah (العلة الفاعلیة). Iaitu dari arah kewajaran yang mempunyai matlamat dan mustahil ada pertentangan dengan objektif penciptaan manusia sempurna. Sementara insan sempurna ini berada di dalam rangkaian sebab ...
  • Meskipun Zaid bin Ali as-Sajjad merupakan salah seorang dari Ahlulbait, tetapi mengapa ia mengakui kekhalifahan Abu Bakar?!
    7819 تاريخ بزرگان 2011/07/21
    Walaupun penyoal dengan yakin mengatakan bahawa “Zaid bin Ali bersaksi keatas kebenaran Abu Bakar sebagai khalifah, tetapi setelah penelitian yang banyak didalam sumber-sumber referensi penelitian yang kami ada, kami tidak menemui bukti dan dalil yang menguatkan pernyataan di atas. Kerana itu, pertama-tama kami akan menganggap dakwaan Anda ...
  • Perbezaan subjek epistemologi dan falsafah ilmu?
    16709 Falsafah Islam 2011/02/14
    A.    Subjek epistemologiadalah makrifat, pengetahuan , alat dan cara-cara mengenal. Namun subjek dalam falsafah ilmu adalah hakikat (quiddity) ilmu dari sudut ia memiliki identityyang menyeluruh.B.    Hubungan epistemologi dengan falsafah ilmu; sebagaimana yang terdapat dalam buku-buku epistemologi komparatif ...

Populer Hits